Satu Malaysia kecoh sampai menjadi trend di Twitter dan menjadi bualan orang ramai tentang seorang pelajar berusia 14 tahun sudah hilang daranya seawal 13 tahun. Lagi menghangatkan cerita apabila pelajar itu memberitahu orang ramai mengenai hal itu di blog nya.
Semua orang kononnya terkejut dengan perkara itu seolah2 ianya satu perkara ganjil. Walhal, kes kerosakan akhlak, buang anak, rogol, melacur dan banyak terjadi. Rata2 semua mengutuk mengherdik pelajar tersebut dengan pelbagai tomahan cacian. Mungkin anda fikir pelajar tersebut memang sepatutnya menerima cacian dan makian seperti itu. Tapi cuba fikirkan beberapa perkara yang saya katakan ni:
1.Dalam banyak2 kutukan yang diberi tu, Berapa ramai yang menegur secara berhemah tanpa kata2 kesat dan sebagainya?
2. Berapa ramai yang menegur dan mengutuk pelajar tersebut sudah hilang dara tapi dia sendiri belum tentu mempunyainya? (ini untuk perempuan)
3. Berapa ramai golongan lelaki yang menunjukkan bahawa mereka kurang tepelajar dengan menunjukkan “kegersangan” masing2?
4. Walaupun Allah sudah menutup aib pelajar tersebut, dan mungkin memang salah dirinya sendiri membuka aibnya, tetapi kenapa perlu di hebahkan untuk satu dunia tahu? Kenapa sebarkan kepada semua setiap perincian diri pelajar tersebut?
Bangga sangat ke mencipta fanpage di facebook, menjadikan twitter trending nama dan kisah pelajar tersebut? wampai jadi worlwide trending. satu dunia baca dan tahu kerosakan akhlak di Malaysia. Kononnya pelajar tu mencemarkan nama negara. Tapi yang mereka asyik komen dan trend kan tu menggunakan kata2 kesat tu mulia sangat ke?
5. Berapa ramai yang menegur pelajar tersebut menggunakan ayat2 berbentuk islamik tetapi profile picture di facebook nya menunjukkan dia lebih kurang je dengan pelajar tersebut?
6. Berapa ramai perempuan bertudung tapi bahasa yang digunakan “seindah” wajahnya bertudung?
7. Siapa kita untuk mengatakan kita lebih baik dari pelajar tersebut? Siapa kita untuk menghukum dan “judge” pelajar tersebut?
ayat seperti “kau ni memang masuk neraka!” “kau ni kiamat nak dekat tapi tak sedar lagi” dan sebagainya banyak di tulis. Kalau ya pun kiamat dah dekat, anda tu dah betul2 bersedia? memang pasti ke dia masuk neraka dan anda ke syurga?
8. Betul ke cara sebegitu sesuai untuk menegur pelajar tersebut?
Mungkin pelajar ni tak bernasib baik dan kurang cerdik kerana membuka aib dirinya sendiri terang2an. Tapi kita tak berhak nak mencemuh pelajar tersebut sebegitu sekali. Bukan kerja kita untuk mengadili si pesalah. Diri kita juga belum tentu apa pengakhiran kita di akhirat. Jadi kenapa nak tambah dosa dengan cara berjemaah / beramai2?
Ini baru satu kes yang terang2an hilang dara nya pada usia sangat muda. Jadi tak mustahil orang yang kita kenali yang mungkin pada luarannya nampak baik, atau remaja atau mungkin sudah dewasa sudah banyak kali menyerahkan maruah dirinya pada orang lain. Kenapa nak heboh2kan cerita yang satu ni yang akhirnya semua orang akan senyap tanpa berbuat apa2 untuk membendung? Mungkin ada yang akan kata “Tak mengapa hilang dara, dara boleh dapat di kedai” di sebabkan banyak produk dan rawatan untuk memulihkan dara yang hilang. TAPI maruah yang hilang walau tiada sesiapa yang tahu, tetap tidak boleh dipulihkan.
Begitu mudahnya menyerahkan mahkota wanita itu pada si lelaki berhidung belang. Terlalu muda kerana makna sebenar maruah diri pun belum difahami dengan betul. Kes seperti pelajar ini bukanlah sesuatu yang kita boleh gelakkan tentang kebodohan dan ketidak matangan nya. Tapi sepatutnya kita cermin diri, muhasabah diri dan berdoa agar dilindungi. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah adik perempuan, kakak, sepupu dan rakan2 juga. Bila terjadinya isu seperti ini, perempuan juga yang menjadi bahan kutukan dan cacian dan bukan golongan lelaki.
Lelaki tak bersalah lansung ke? kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang kan? Perempuan ingat! jika hilang maruah diri anda tu, yang menerima kesan dan akibat bukan si lelaki! tetapi anda. Kita bukan boleh bezakan lelaki itu teruna ataupun tidak. Dan kebanyakkan lelaki ego dan hanya menuding jari pada perempuan. Tak ada siapa yang tahu jika die juga pernah merosakkan anak dara orang. Tapi kisah bakal isteri, kekasih ataupun tunang yang sudah hilang dara, di herdik seperti binatang.
Tepuk dada tanya iman. Yang salah tetap salah. Sebelum terlambat.. renug2kan..saya menegur dan mengingatkan diri sendiri juga. Jadi sampai2kanlah pada semua.
nota: ada orang cakap lelaki boleh bezakan isterinya ada dara lagi ke tidak. Tapi macammana dia boleh bezakan kalau dia tak pernah melakukannya? KE… lelaki tu pun dah tak teruna? Wallahu’alam
psst: Dara memang boleh dapat di kedai. minyak kelapa DARA, nasi kukus ayam DARA, Air kelapa DARA, jamu mak DARA. #lamejoke













Perubahan kena bermula juga Dari kita yang dewasa
Macamana nak expect orang muda jadi baik kalau dewasa pun
Mengarut. Dah tua2 pun ramai yang masih tak Solat
Kita pun tak terjaga diri sendiri macamana nak ubah orang muda
apa yg sy tahu…budak tu skrg dah taubat..moga2 taubat yg betul2 lah..bukan main2 n then ulang balik…kesiannn…
setuju dengan anda. kalau pon nak nasihatkan biarlah kena pada cara yaa. biar ada etika. nak menegur pon kena ada adab yaa jugak.
http://akupunyablogbukankawpunya.blogspot.com/2011/06/hentikan-hentaman-ringankan-bahu-kiri.html
bosan betul cerita macam ni.
saya baca je tapi tk berani komen apa2 ye lah kita ibu bapa ni , kalau nk nasihat ank org tk guna juga baik jaga anak sendiri agar tk terjebak perkara2 begini ..memang takut sungguh2 takut jika kita banyak sgt mencaci , menghina org nanti benda tu kena ke batang hidung sendiri .. dunia ni bulat ..tak hari ni esok kita kena… tk perlu mencaci menghina ..moga budak tu dapat hidayah , kembali ke pangkal jalan dn tak ulangi perbuatan dia :)
puanbee cerita terbaru mereka..Dah Ambil Dah Pakai
tu lah… mia dah baca blog dia tu… sampai beratus komen dia dapat. susah nak cakap benda-benda macam ni.. dah besar dan dah boleh fikir sendiri… cuma mia keasiankan mak bapak dia, mesti tak tahu nak letak muka kat mana….
mia liana cerita terbaru mereka..Jom Undi Mialianacom Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards – Sticky Post
setuju dengan anda dan si pegkomen ni, kita tidak berhak utk menghinba beliau, kita cuma berhak utk menasihati dan membimbing beliau.. masyaallah.. beginilah pemikiran masyarakat kita sekarang, cuma tahu nak menghentam saja, saya ade buat entry yg lebih kurang macam anda, ade mase singgah2 la: http://aq-keyri.blogspot.com/2011/06/hentikan-hentaman-bodoh-anda.html
keyri cerita terbaru mereka..antara SPM- cita2 dan maktab perguruan
Saya setuju dengan pendapat saudari. Kenapa kita nak mengherdik, mencaci, memaki mereka? atau sebab diri kita ni dah cukup sempurna? Saya memang tak faham dengan orang2 sekarang, mengaku diri IslAm tapi bila ditanya apa maksud islam diri sendiri pun tak tahu nak jawab.
Kita tak boleh nak menghukum mereka yang sudah terlanjur sebaliknya kita yang membimbing mereka bukannya menghambur kata-kata kesat. Dalam kes ni, di manakah akhlak, morality kita sebagai umat Islam? Sedih apabila melihat anak-anak muda yang tak tahu arah dan tujuan hidup. Mungkin kita ni terlalu sangat nak kejar dunia moden sehingga sanggup menggadai maruah diri? Semoga kita muhasabah diri kita. Wallhua’lam