Kenali 4 SBP Perempuan di Malaysia

Di Malaysia terdapat 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang menempatkan pelajar perempuan sahaja. 3 dari SBP ini merupakan SBP Elit iaitu Sekolah Tun Fatimah, Kolej Tunku Kurshiah dan Sekolah Seri Puteri. Manakala satu SBP baru iaitu Sekolah Menengah Sains Seri Puteri. Kesemua Sekolah Berasrama Penuh perempuan ini menunjukkan pencapaian bukan sahaja dari segi akademik malah kokurikulum juga.

Bagi pelajar2 tingkatan 1 sesi 2011 yang menapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010, anda boleh menyemak kemasukan ke Asrama penuh bermula 21December 2010 yang lepas.

Sekolah Tun Fatimah

Lokasi : Johor Bharu

Sejarah Sekolah : Sekolah Tun Fatimah telah diasaskan di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956 dengan nama ‘ Sekolah Menengah Perempuan Melayu. Pada tahun 1958, ia telah dirasmikan oleh YB Encik Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Tanah Melayu pada masa itu dan diberi nama ‘ Sekolah Tun Fatimah ‘, sempena nama seorang Srikandi Wanita Melayu yang terkenal di zaman Kerajaan Melayu Melaka.’ Sekolah Tun Fatimah’ telah berpindah ke premis sekarang pada Ogos 1962 . Pada 25 September 1965 pula DYMM Sultanah Johor, Almarhum Ungku Tun Aminah Almarhum Ungku Ahmad telah berkenan merasmikannya.

Info Mengenai Sekolah Tun Fatimah

  1. Merupakan antara 10 SBP Terbaik 2010
  2. Cemerlang dalam bidang Ko-Kurikulum samada sukan, unit beruniform serta kelab dan persatuan (Band, Hoki, Bola Keranjang, TFNet etc)
  3. Berusia 55 Tahun pada 2011
  4. Peroleh Gred Purata Sekolah 1.0201 dengan 129 dari 143 orang pelajar mendapat straight A. Tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Matematik di mana semua pelajar mendapat A.
  5. Disenaraikan sebagai sekolah Cluster pada 16 April 2008
  6. Maklumat lanjut sila ke Portal Rasmi Sekolat Tun Fatimah [Klik Sini]

Kolej Tunku Kurshiah

Lokasi : Seremban

Sejarah Sekolah :

Tunku Kurshiah College telah ditubuhkan pada tahun 1947, mulanya diletakkan di 2 1/2m Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Sekolah ini secara rasminya dibuka oleh Lady Gent, isteri kepada Sir Edward Gent, Governor Malayan Union.

Dalam bulan April 1962, kolej ini telah berpindah ke tapak berukuran 22 ekar di Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Namanya diambil sempena nama Permaisuri Agong yang pertama secara formal apabila kolej ini telah diisytiharkan terbuka oleh Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 24 Mei 1963.

Info Mengenai Kolej Tunku Kurshiah

  1. Merupakan antara 10 SBP terbaik 2010
  2. Sekolah yang terdiri daripada semua pelajar perempuan yang perama di Malaysia
  3. Keputusan SPM 2008 Kolej telah mendapat keputusan cemerlang dengan 51 pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran berbanding hanya 9 pelajar pada tahun sebelumnya.
  4. Pada 2010 Kolej Tunku Kurshiah dianugerahkan  sebagai Sekolah  Berprestasi Tinggi (High Performance School) oleh Menteri Pelajaran Malaysia.
  5. Kolej Tunku Kurshiah juga merupaka salah sebuah sekolah Cluster di Malaysia
  6. Maklumat Lanjut sila Ke Portal Rasmi Kolej Tunku Kurshiah [Klik SIni]

Sekolah Seri Puteri

Lokasi: Cyberjaya

Sejarah Sekolah: Sekolah Seri Puteri yang ditubuhkan pada 6 Mei 1968 pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Sekolah yang dibina atas tapak seluas 19 ekar ini, yang sebelumnya menempatkan Sekolah Menengah Teknik. ada bulan Mei 1968, sekolah ini menerima kumpulan pelajarnya yang pertama seramai 144 orang. Tanggal 1 Mac 2003 pastinya akan bersemadi dalam ingatan warga SSP dimana premis lama di Jalan Kolam Ayer terpaksa ditinggalkan dengan perpindahan ke premis baru yang lebih moden di Cyberjaya , bandaraya bestari. Majlis Perasmian Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah diadakan pada Selasa, 10 April 2007. DYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian sekolah.

Info Mengenai Sekolah Seri Puteri

  1. Merupakan antara 10 SBP terbaik 2010
  2. Banyak menganjurkan Program Pengantarabangsaan antaranya ke Jawa Tengah Indonesia, ke Itali dan ke Korea Selatan
  3. Aktif dalam bidang sukan terutamanya bola Keranjang. Memenangi tempat pertama pertandingan Bola Keranjang di Kejohanan HKSBP 2008
  4. Pengetua Sekolah ini iaitu Puan Hajah RashidahMd ARif merupakan antara pengetua cemerlang.
  5. Maklumat Lanjut sila ke Protal rasmi Sekolah Seri Puteri [Klik Sini]

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Lokasi: Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur

Sejarah Sekolah: SM SAINS SERI PUTERI (SESERI) telah dibuka secara rasmi pada 03 Jun 2003 menggunakan tapak asal Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya pada 1 Mac 2003. Pada waktu itu terdapat 89 pelajar Tingkatan 4, 12 tenaga pengajar dan seorang anggota kumpulan sokongan. Pengetua pertama sekolah ini adalah Puab Hjh Sabihah bt Ibrahim. Tahun 2004 merupakan tahun pertama pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada masa ini, seramai 44 guru dan 17 staf sokongan berkhidmat di sekolah ini. Manakala jumlah pelajar Tingkatan 5 adalah seramai 214  pelajar dan bilangan pelajar Tingkatan 4 adalah seramai 183 pelajar.

Info Mengenai Sekolah Sains Seri Puteri

  1. Aktif dalam program pengantarabangsaan
  2. Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid. Begitu juga dengan nama rumah sukan.
  3. Pengambilan pelajar hanya untuk tingkatan 4. Ini bermakna, pelajar di terima berdasarkan keputusan PMR mereka.
  4. Maklumat Lanjut sila ke Portal Rasmi Sekolah Menengah sains Seri Puteri [Klik Sini]

Semoga Berjaya Adik2 yang bakal melanjutkan pelajaran di sekolah2 ini. Semoga anda memperoleh keputusan cemerlang dan tingkatkan prestasi sekolah anda. Ingat UPSR habyalah ujian kecil yang anda telalh lalui. Jadi tingkatkan usaha untuk Ujian seterusnya.

Penulis: nazihahisa

Artikel yang lain:

One Response to “Kenali 4 SBP Perempuan di Malaysia”

  1. darwina says:

    ada lagi satu all girls school kat kelantan..sek.men.sains pasir puteh..

Leave a Reply

CommentLuv badge

NoFollow Plugin made by Web Hosting

Langgani Artikel G&W

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Comments

  • Cendol: elehh konon comelll..dah tua kedut jugakk HAHAHA jahat aq. em jge la harga diri..kata Saidatina Aisyah,...
  • intansafinas: adakah stress juga harus di elakkan jika anda menghidapi thyroid?
  • jajabink*: sypun nk share sumthing pasal hal2 poligami ni
  • shahril: salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat...
  • Ety: As for me, I would prefer to say, tegur tapi gunakan pendekatan yang wajar walaupun dalam keadaan ni, kite...

Networked Blogger

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.