Tahukah anda para wanita dan juga lelaki yang sudah berkahwin bahawa wanita perlu menjalani 2 ujian saringan kesihatan yang utama dalam hidup mereka? Mungkin ada yang mengetahuinya tetapi mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara penting ini.
2 Ujian kesihatan itu ialah
- Mammogram
- Pap Smear
Kanser Payudara (Breast Cancer)
Kanser Payudara (Breast Cancer) adalah kanser penyebab utama kematian wanita di Malaysia. Tapi masih ramai lagi wanita diluar sana yang segan untuk membuat pemeriksaan di hospital. Baru2 ini salah seorang saudara terdekat penulis G&W disahkan menghidap kanser payudara peringkat yang ke4. Berita buruk ini mengejutkan ahli keluarga yang selama ini tidak pernah melihat sebarang kesan penyakit ini pada diri beliau.
Kanser payudara ini sangat merbahaya kerana boleh membawa kepada kematian. Mencegah lebih baik dari mengubati! itu yang sepatutnya dilakukan oleh semua golongan wanita terhadap isu ini.
Apa itu Mommogram?
Mammogram dijalankan bertujuan mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang khas. Ia dilakukan dengan menekan payudara di antara 2 kepingan logam. Biasanya mereka yang menjalani rawatan mammogram akan berasa sedikit kurang selesa untuk beberapa ketika.
Diingatkan, mammogram ni penting ya wanita2 diluar sana :) Kos yang ditawarkan untuk sekali pemeriksaan mammogram bagi semenanjung ialah RM90 manakala Sabah dan Sarawak ialah RM110. Kalau anda rasa ianya mahal tapi saya nak ingatkan, nyawa anda lebih tinggi nilainya jika nak dibandingkan dengan jumlah itu.
Berita baik untuk anda sekiranya anda tergolong dari golongan yang tertentu, anda boleh memohon subsidi dari kerajaan untuk menjalani pemeriksaan mammogram ini. Maklumat [klik sini]
Kanser Pangkal Rahim (Cervical Cancer)
Kanser pangkal rahim atau kanser serviks ialah kanser yang terjadi di pangkal rahim wanita. Kanser ini dapt dikesan apabila berlakunya perubahan pertumbuhan sel di pangkal rahim wanita yang tidak normal. Jika peringkat awal, kanser ini dapat dikawal daripada merebak ke tempat lain. Jika ianya lambat dikesan, pesakit mungkin akan kehilangan keseluruhan rahimnya dan tidak dapat melahirkan anak lagi.
Bagi wanita, kebolehan untuk memperolehi anak itu penting. Jadi jika anda berumur 35 tahun keatas dan sudah berumahtangga anda digalakkan menjalani pemeriksaan Pap Smear sekurang2 nya 2 tahun sekali.
Apa itu Pap Smear?
Pap Smear ialah rawatan pemeriksaan untuk mengesan tanda2 awal kanser pangkal rahim atau ‘cervical cancer’. Rawatan ini bukanlah sesuatu yang rumit, dan hanya mengambil masa lebih kurang 10minit. Kos untuk menjalani rawatan Pap Smear pula sekitar RM50. RM50 untuk satu pemeriksaan 2tahun sekali sangatlah berpatutan jika nak dibndingkan dengan kesihatan anda yang sangat bernilai.
Jadi, anda wanita di luar sana, sudah menjalani rawatan pemeriksaan Pap Smear dan Mammogram? Kalau belum segeralah melaksanakannya sebelum terlambat.
Penulis:: Rose
* Anda ada cerita menarik nak dikongsi? tips2 kesihatan berkaitan gadis dan wanita? pengalaman individu? kongsikan cerita anda di ruangan BERKONGSI di atas dan kami akan kupas topik berkenaan.











salam…sy rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman terkena makhluk halus ni…hampir 2 tahun sy mengalami masalh tidur…dah merata berubat moden tetapi doc xdapat trace kenapa sy xdapat tidur..lastly,saya ke darul syifak di bangi..ternya ta benar ada makhluk halus menumpang di rahim sya…kesan daripada itu, sya mengalmi keguguran sebelum sempat berusia 2 bulan.memang banyak kali cuba buang maklluk halus tu n akhirnya dengan izin Alah swt, makhluk itu dapat dibuang oleh seorang ustaz…namun…selepas berbulan kehidupan kembali normal, jantung saya bermasalah kesan daripada makhluk halus yang dulu…ini kerana semasa makhluk halus ada dalam tubuh, saya kuat stress…menangis..marah dan akhirnya mengganggu jantung saya…dan hormon dalam tubuhtidak seimbang…saya pegi sekali lagi ke darul syifak…bila dscan…didapati makhluk halus sudah tiada yang ada cuma kesan daripada emosi yang terganggu akibat gangguan tersebut dahulu…saya trus ke klinik swasta…doc membuat ujian darah dan urin…doc menasihatkan sya supaya menjalani pap smear kerana masalah kitar haid terganggu…sekarang ni saya hanya menungu dan terus menunggu keputusan…apa2pun caranya kita ikhtiar..tidakkira perubatan moden atau tradisional..yang penting keizinan Allah..kalau Allah izinkan kita sihat, maka sihatlah kita…sekiranya sebaliknya kita redha menghadapi ujian tersebut,,,,cuma sya sarankan kepada pembaca,jangan abaikan perubatan cara islam sekiranya perubatan cara moden mengatakan kita sihat sebaliknya kita masih lagi sakit…gunalah apa saja ikhtiat dan bermohon pada Allah untuk mendapat izinNya….wassalam
terima kasih kerana berkongsi. kalau nk berkongsi lagi ttg pengalaman, boleh emel kpd kami, kami sudi untuk menyiarkannya.. hantar ke admin@gadisdanwanita.com terima kasih banyak2
[...] merupakan penyebab utama kematian wanita di Malaysia? Selain daripada menjalankan ujian mammogram [klik sini] berikut merupakan tips2 lain bagi penjagaan payudara [...]
nanti nak hantar teman wanita sy gi check la… thanks info.. :)
sama2.. semoga dapat jalankan tanggungjawab untuk sebarkan info ni kepada semua.
gadisdanwanita cerita terbaru mereka..Luahan Hati Layak kah Aku di Hina
yeah, sudah semestinya… saya sayang teman wanita saya.. :)
teman wanita? belum kawen lagi kan? aktif melakukan sex ke? kalo tak, rasanya tak perlu ujian pap smear.
eh kak, mustahil la… xpernah wat pun.. haram ler..
lazaac cerita terbaru mereka..Wordless Wednesday #1
btl ke kos byk tu? dgr citer camlg mahal jer…huhuhu
[...] ni Gadis&Wanita ada post kan satu artikel tentang kanser Servik ni [Klil sini]. Dan baru2 ini juga, pihak kerajaan kesihatan telah melancarkan Kempen Pelalian HPV untuk mencegah [...]
dalam perubatan islam, penyebab kanser adalah gangguan makhluk halus di dalam saluran darah manusia apabila mereka menyekat pembuluh darah manusia, sehingga terjadinya gangguan pada sel badan manusia.
apa yg menarik, kadang2 prubatan sains moden gagal trace kanser pada peringkat awal dan kebiasaannya boleh trace bila dah sampai peringkat kritikal. kalau perubatan islam, insyaAllah akan di trace dari peringkat awal bilamana makhluk halus mengganggu. wallahua’lam. :)
adele cerita terbaru mereka..Ulangan- Minum Ais Selepas Makan Menambah Kalori
ada terdengar gak pasal gangguan makhluk halus ni dari wanita harini tv3 haritu.. betul jugak, sbb slalunya cancer ni boleh dikesan peringkat yg agak merbahaya pd pesakit. thanx sharing info :)
gadisdanwanita cerita terbaru mereka..Tips menjelang SPM – Untuk Pelajar dan Ibu